• 001 banner ketua audit dalam
  • event1

Mesyuarat Pre Exit Auditan Pemiutang/Penghutang UniSZA & Initial Conference Auditan Kecekapan Penggunaan Sistem IT Di UniSZA

IMG 7793

IMG 7792

 

DSC 0454

Pada 13 April 2017, Unit Audit Dalam UniSZA telah mengadakan Mesyuarat Pre Exit Auditan Pemiutang/Penghutang UniSZA & Initial Conference Auditan Kecekapan Penggunaan Sistem IT di UniSZA.Mesyuarat ini telah diadakan di bilik mesyuarat 1, Bangunan Pentadiran. Mesyuarat Pre Exit Auditan Pemiutang/Penghutang UniSZA telah membentangkan penemuan audit kepada auditi berkaitan auditan tersebut. Penemuan yang dibentangkan ini dapat memperbaiki dan memantapkan lagi pengurusan pemiutang/penghutang di UniSZA. Di samping itu, satu inital conference auditan kecekapan penggunaan sistem IT di UniSZA telah dibuat bersama auditi yang terlibat bagi tujuan pengauditan yang akan dijalankan di PTj yang terlibat. Semoga mesyuarat yang telah dibuat ini boleh meningkatkan dan memantapkan pengurusan pemiutang/penghutang UniSZA dan kecekapan penggunaan sistem IT di UniSZA.

                                                                      

 

 

 

 

Sesi Perkongsian PAC Zon Pantai Timur

 

DSC 0403

DSC 0413

DSC 0451

 

Pada 12 April 2017, Unit Audit Dalam, UniSZA telah mengadakan sesi perkongsian PAC Zon Pantai Timur di Universiti malaysia Kelantan (UMK). Sesi perkongsian ini diadakan di Dewan UMK dan dihadiri oleh staf Unit Audit Dalam UMT, UMP serta USIM. Ketua Unit Audit Dalam UniSZA telah memberi banyak perkongsian berkaitan bagaimana universiti menghadapi PAC disamping universiti lain memperbaiki dan memantapkan dalam pengurusan pentadbiran dan kewangan di IPTA masing-masing. Oleh itu, sesi perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu universiti lain bersedia untuk menghadapi PAC akan datang.

 

 

 

 

 

 

More Articles ...