• 001 banner ketua audit dalam
  • event1

Latihan Audit Command Language (ACL) Untuk Staf Unit Audit Dalam

                                                                                               

                       DSC 0299                                                                                                        DSC 0297

Pada 1 Mac 2017, Unit Audit Dalam UniSZA telah mengadakan sesi latihan dalaman bersama semua staf UAD berkenaan sistem Audit Command Language (ACL). Tujuan mengadakan latihan ACL ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan ACL kepada staf UAD supaya dapat dimanfaat dan digunakan bagi tujuan pengauditan. Semua staf UAD diberi pendedahan tentang kepentingan ACL dan cara-cara penggunaan dengan lebih terperinci seperti membuat fail, memasukkan data daripada bentuk PDF, WORD dan EXCEL ke dalam sistem ACL dan susun menu untuk membuat jadual.

 

 

Mesyuarat Pre exit Auditan Pengurusan Geran Penyelidikan Di Institut-Institut Penyelidikan

DSC 0291

 

Pada 28 Februari 2017, Mesyuarat Pre Exit Auditan Pengurusan Penyelidikan Di Intitut-Institut Penyelidikan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersilan (RMIC) UniSZA. Seramai 18 Pegawai yang terlibat hadir iaitu Pejabat Bendahari, IDAMAN, INSPIRE, i-CODE, AGROPOLIS, ESERI serta staf Unit Audit Dalam dalam mesyuarat ini. Ketua Unit Audit Dalam telah membentangkan penemuan-penemuan audit seperti pengurusan organisasi dan isu-isu berbangkit dalam institut-institut penyelidikan yang terlibat.Penemuan-penemuan yang dibentangkan ianya dapat membantu auditi untuk memperbaiki kelemahan dalam pengurusan penyelidikan di institut-institut penyelidikan di UniSZA.

More Articles ...