• 001 banner ketua audit dalam
  • event1

KURSUS AUDITAN PENGURUSAN KONTRAK PEMBINAAN

 

 

 

Unit Audit Dalam (UniSZA) akan menganjurkan Kursus Auditan Pengurusan Kontrak yang berlangsung pada  2 hingga 3 September 2014 (Selasa dan Rabu), jam 8.30 pagi di Dewan Auditorium, Perpustakaan UniSZA Kampus Gong Badak. Pegawai Kanan Jabatan Audit Negara dan Juruaudit Dalam Kanan USM yang berpengetahuan dan pengalaman luas dalam bidang pengauditan pengurusan kontrak pembinaan dijemput sebagai penceramah. Para peserta yang terlibat adalah juruaudit-juruaudit dalam IPTA, Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan Negeri yang memerlukan pendedahan pengauditan pengurusan kontrak pembinaan.  Kursus ini merupakan satu pendekatan yang baik untuk perkongsian maklumat dan memberi nilai tambah kepada juruaudit-juruaudit dalam mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang wujud di organisasi masing-masing. Semoga ilmu dan maklumat yang dikongsi bersama dapat memberikan pendedahan yang bermanfaat kepada para peserta.

Bagi yang berminat untuk menyertai Kursus Auditan Pengurusan Kontrak ini boleh membuat pendaftaran sebelum 28 Ogos 2014 dan yuran penyertaan adalah sebanyak RM 500.00 seorang (tidak termasuk penginapan dan pengangkutan). Untuk mendapatkan diskaun RM 100.00, anda boleh mendaftar sebelum 14 Ogos 2014.

Carta Organisasi

More Articles ...