• 001 banner ketua audit dalam
  • event1

Initial Conference Auditan Pengurusan Kewangan dan Kawalan Dalaman AGROPOLIS

IMG 9166

 

Pada 18 Jun 2017, Pihak Unit Audit Dalam telah mengadakan initial conference auditan pengurusan kewangan dan kawalan dalaman AGROPOLIS bertempat di bilik mesyuarat AGROPOLIS pada jam 11:30 Pagi. Initial conference ini bertujuan untuk memberi penerangan dan pendedahan berkaitan auditan yang akan dijalankan. Tujuan auditan ini dijalankan adalah untuk memastikan pengurusan kewangan dan kawalan dalaman di AGROPOLIS diurus dengan baik dan mengikuti peraturan yang ditetapkan.

 

 

 

 

 

HEBAHAN : PENEMUAN – PENEMUAN AUDIT YANG PERLU DIBERI PERHATIAN OLEH PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTj) PADA TAHUN 2016 & 2017

BIL PENEMUAN RUJUKAN
KAWALAN PENGURUSAN
1. Carta organisasi disediakan tetapi belum dipamerkan di pejabat masing-masing dan laman sesawang.
  1. PKPA 8/1991
  2. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2007
2. Mesyuarat JPKA dan Jawatankuasa Audit tidak dilaksanakan seperti mana yang ditetapkan oleh pekeliling.
  1. PKPA Bil. 2/1991
  2. Surat Arahan Perbendaharaan Bil. 3/2010
  3. Peraturan kewangan Agens
  4. 1PP - PK 1/2013
KAWALAN BAJET
1. Pejabat Bendahari dan Jabatan Pengurusan Pembangunan  ada menyediakan kawalan pemantauan pembangunan. Namun demikian laporan pemantauan di PB tidak dikemaskini begitu juga dengan Sistem Pemantauan Projek II (SPP II).  Selain itu akses kepada SPP II jugak tidak dikemaskini kerana ianya tidak ditukar kepada kakitangan yang sepatutnya.
  1. Pekeliling Perbendaharaan Mengenai Anggaran Perbelanjaan Tahunan
  2. Arahan yang berkaitan
2. Kurang pemantauan oleh KPTj menyebabkan prestasi perbelanjaan tidak memuaskan.
KAWALAN TERIMAAN
1.

Buku tunai SAGA tidak menunjukkan turutan nombor resit disebabkan terdapat terimaan yang tidak dapat dikenalpasti bagi sesuatu tempoh.

Resit hanya dikeluarkan setelah pembayar  dapat dikenalpasti, mengunakan nombor turutan terkini tetapi tarikh resit adalah tarikh penerimaan wang dibuat.

  1. Arahan Perbendaharaan 78, 79 dan 80
  2. Peraturan Kewangan Agensi
2.

Tiada surat kuasa pegawai yang layak untuk membatalkan resit.

  1. Arahan Perbendaharaan 62
  2. Peraturan Kewangan Agensi
KAWALAN PEROLEHAN
1. Keputusan muktamad sebutharga tidak dipamerkan di papan kenyataan/laman web agensi.
  1. 1PP – PK 1/2013
  2. 1PP – PK 2.2/2013
2.

Terdapat hanya 2 orang ahli penilai sebutharga di sebuah PTj yang sepatutnya dianggotai sekurang – kurangnya 3 orang.

Terdapat surat lantikan ahli jawatankuasa pembuka dan penilai sebutharga tidak dijumpai di PTj.

  1. 1PP – PK 1/2013
  2. 1PP – PK 2.2/2013
KAWALAN PENGURUSAN KUMPULAN WANG PINJAMAN DAN DEPOSIT
1. Pendahuluan diri lewat dijelaskan sama ada tuntutan lewat dibuat atau baki pendahuluan diri tidak dipulangkan.
  1. 1PP – WP3.2/2013
  2. Arahan Perbendaharaan 102(c)
  3. Peraturan Kewangan Agensi
2.

Daftar tidak diselenggara dengan lengkap.

Tiada rekod pinjaman kenderaan dan komputer dalam Buku Perkhidmatan.

  1. 1PP – WP 9.2/2013
  2. 1PP – WP 9.3/2013
  3. Peraturan Kewangan Agensi
KAWALAN PERBELANJAAN
1. Terdapat perbezaan amaun perbelanjaan di antara pesanan tempatan dan laporan buku vot di mana amaun laporan buku vot tidak direkodkan amaun GST.
  1. Arahan Perbendaharaan 95
  2. Peraturan Kewangan Agensi
2. Baki buku vot PTj negatif dan pindahan lewat dilaksanakan.
3. Baki ringkasan buku vot  tidak menunjukkan maklumat yang tepat .Contohnya jumlah bajet yang diluluskan.
4. Ringkasan buku vot tidak disediakan dan difailkan setiap bulan.
5. Dokumen keputusan kelulusan bajet tahunan  bagi permohonan/ peruntukan/ pindahan tidak disimpan oleh PTj.
6. Tiada pemantauan oleh Ketua PTj bagi baki peruntukan yang diluluskan.
7.

Daftar Bil tidak diselenggarakan/ disediakan di PTj.

  1. Arahan Perbendaharaan 103
  2. Peraturan Kewangan Agensi
KAWALAN PENGURUSAN ASET DAN STOR
1. Kelulusan pegawai kenderaan tidak direkod dalam buku log kenderaan.
  1. 1PP – WP 4.1/2013
  2. Peraturan Kewangan UniSZA
2. UniSZA mempunyai lebih 20 buah kenderaan walau bagaimanapun tiada pegawai kenderaan yang mempunyai sijil atau kemahiran berkaitan kejuruteraan automotif / mekanikal.
3. Tidak menemui skop tanggungjawab bagi pegawai yang menjaga dan mengurus kenderaan.
4. Fail kenderaan tidak diselenggara dengan lengkap. Contohnya tiada salinan geran , insuran dan cukai jalan yang terkini.
5. Senarai Aset di Lokasi (KEW.PA-7) belum diselenggara
  1. 1PP-KP 2.3/2013
  2. Peraturan Kewangan UniSZA
6. Perbezaan kuantiti aset yang direkod di dalam sistem FAMS berbeza dengan pengiraan fizikal yang dibuat.
7. Buku log kenderaan tidak lengkap-ruangan nama dan tandatangan pegawai yang memberi kuasa,nama dan tandatangan pegawai yang mengguna serta cerakinan penggunaan bahan api tidak diisi.
8. Senarai Harta Tetap yang memerlukan Penyenggaraan (KEW.PA-13) dan Daftar Penyenggaraan Harta Modal (KEW.PA-14) tidak diselenggara samada secara manual atau sistem.
  1. 1PP – KP 2.5/2013
  2. Peraturan kewangan UniSZA
PENYATA KEWANGAN
1. UniSZA telah menggunakan sistem SAGA dalam penyediaan penyata kewangan. Namun begitu UniSZA masih dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan SAGA Compliance setelah isu-isu teknikal seperti  integrasi dengan sistem MySAP (sistem akaun pelajar) dan backup/restore diselesaikan. Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 6 Tahun 2014
2.

Penyata kewangan bagi tahun 2015 telah berjaya diserahkan kepada Jabatan Audit Negara pada 13 Februari 2016 dan Sijil Tanpa Teguran telah diterima pada 22 April 2016.

Walau bagaimanapun Penyata Kewangan bagi tahun 2015 (sebelum diaudit) tidak dibentangkan kepada Jawatankuasa Audit yang merupakan amalan terbaik.

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 2007

More Articles ...