Mesyuarat Exit Conference Auditan Pengurusan Geran penyelidikan di Institut-Institut penyelidikan

DSC 0305

DSC 0308

Pada 13 Mac 2017, Mesyuarat Exit Conference Auditan Pengurusan Geran Penyelidikan Di Institut-Institut Penyelidikan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2 Pejabat Naib Canselor. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi Bin A. Latif. Mesyuarat ini juga dihadiri oleh auditi yang terlibat iaitu Pejabat Bendahari, RMIC, IDAMAN, INSPIRE, i-CODE, AGROPOLIS serta ESERI. Ketua Unit Audit Dalam UniSZA, En. Baharin Bin Salim @ Abdullah telah membentangkan penemuan-penemuan audit dan maklumbalas yang diberikan oleh auditi. Penemuan-penemuan audit dan maklumbalas yang diberikan dapat membantu auditi untuk membaiki dan memantapkan pengurusan geran penyelidikan di UniSZA.