Lawatan Unit Audit Dalam UniSZA Ke Unit Audit Dalam UniMAP

IMG 1513 

IMG 1514

IMG 1274

IMG 1144

IMG 1083 paint

 

Pada 22 dan 23 Ogos 2017, Unit Audit Dalam UniSZA telah mengadakan lawatan kerja ke Unit Audit Dalam UniMAP. Kami telah diberi pendedahan dan perkongsian ilmu daripada pihak UAD UniMAP berkaitan perancangan audit yang telah dilaksanakan, bertukar pandangan isu semasa serta memantapkan gerak kerja audit akan datang. Selain itu, kami dibawa untuk melawat perpustakaan dimana kami diberi perkongsian berkaitan pengurusan buku serta sistem yang digunakan bagi tujuan pengoperasian. Setelah itu, kami telah melawat pusat data (PTM) UniMAP dimana kami diberi perkongsian mengenai sistem yang digunakan dalam pengurusan universiti. Akhir sekali kami telah melawat ke Agrobioteknologi dimana diberi pendedahan mengenai pengurusan pertanian dan pertenakan ikan. Semoga lawatan kerja ini dapat membantu UAD untuk memantapkan dan membantu pihak UniSZA dalam meningkatkan lagi pengurusan universiti serta memberi impak yang positif dalam menaikkan imej UniSZA.