UniSZA      UAD

Mesyuarat JKAR Kali Ke 41 (Bil. 1/2019)

IOQG2224

Pada 7 Februari 2019, Mesyuarat Jawatankuasa Audit & Risiko Kali Ke 41 (Bil. 1/2019) telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Mercury Selangor Selayang. Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh pengerusi yang baharu iaitu Dr. Zaharuddin bin Abd Rahman dan dihadiri oleh seorang Ahli JKAR yang baharu iaitu Encik Mohamed Ali bin Ghazali, Pendaftar, Bendahari, Pihak SPaQM serta KUAD dan staf UAD. Mesyuarat kali ini membentangkan laporan auditan yang telah dilaksanakan sepanjang 2018 dan membincangkan penemuan-penemuan utama berdasarkan auditan yang dilaksanakan. Mesyuarat juga mengambil maklum kesemua laporan yang dibentangkan oleh KUAD dan membuat tindakan yang perlu diambil supaya tidak ada lagi permasalahan yang sama berulang di masa akan datang. Semoga pembentangan laporan ini dapat meningkatkan lagi pengurusan governan dan kewangan di dalam UniSZA.

Pihak Unit Audit Dalam juga mengucapkan tahniah atas perlantikan Ahli JKAR yang haharu dan semoga dapat mengukuhkan lagi kepimpinan dalam UniSZA dan juga kesemua laporan auditan yang dilaksanakan oleh UAD. Ahli JKAR yang baharu adalah :

  1. Dr. Zaharuddin bin Abd Rahman (Pengerusi JKAR)
  2. Encik Mohamed Ali bin Ghazali (Ahli JKAR)
  3. Prof. Dr. Arham bin Abdullah (Ahli JKAR)