UniSZA      UAD

Mesyuarat Pre Exit Auditan Perolehan Pembangunan di Ladang UniSZA Pasir Akar & Initial Conference Auditan Pengurusan Kambing Tenusu UniSZA

IMG 8389 1000

Pada 18 Februari 2019 , Mesyuarat Pre Exit Auditan Perolehan Pembangunan di Ladang UniSZA Pasir Akar telah diadakan pada jam 10 pagi di Bilik Mesyuarat Pusat Pengurusan Ladang, Ladang Pasir akar, besut. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh KUAD dan dihadiri oleh staf Pihak Pendaftar, Pihak Pejabat Bendahari, Pihak PTM, Pihak JPP, Pihak PPL, Pihak JKS serta UAD. Mesyuarat ini membentangkan penemuan-penemuan audit berdasarkan pengauditan yang telah dilaksanakan yang meliputi perolehan di ladang pasir akar dari segi spesifikasi, struktur bangunan dan juga pengurusan kontrak. Kesemua penemuan yang dibentangkan diambilmaklum oleh pihak auditi dan tindakan akan dibuat bagi memastikan kesemua penemuan diambik tindakan oleh semua pihak bagi mengelakkan sebarang permasalahan berlaku di masa akan datang. Pihak auditi akan memberikan maklumbalas berhubung perkara yang dibangkitkan dan laporan exit akan dibawa ke mesyuarat exit akan datang.

Pada jam 12.00 tengahari juga, initial conference auditan pengurusan kambing tenusu UniSZA telah diadakan di bilik yang sama. Mesyuarat ini juga dipngerusikan oleh KUAD dan dihadiri oleh staf pihak PPL dan Pihak Pejabat Bendahari. Mesyuarat ini bertujuan untuk pelaksanaan auditan kepada pihak auditi berdasarkan MPA yang disediakan dan juga pelaksanaan akan dimulakan berdasarkan tarikh yang dinyatakan dalam MPA. Pihak auditi akan mengumpul maklumat berkaitan auditan ini dan kerja lapangan akan dilaksanakan oleh UAD apabila kesemua dokumen dan maklumat diperolehi daripada auditi. Semoga pelaksanaan auditan ini dipermudahkan dan memberi tambanilai kepada pihak UniSZA.