UniSZA      UAD

Kursus Auditan Pengurusan Projek Kerajaan - Memahami Kerja-Kerja Civil dan Mekanikal

DSC 0372 1000

Pada 29-30 April 2019, Unit Audit Dalam UniSZA telah menganjurkan Kursus Auditan Pengurusan Projek Kerajaan - Memahami kerja-kerja Civil dan Mekanikal. Kursus ini dihadiri seramai 40 peserta daripada pelbagai agensi seperti badan persekutuan, badan berkanun dan juga swasta. Pihak kami telah menjemput penceramah-penceramah daripada Bahagian Teknikal di Jabatan Audit Negara dimana penceramah yang dijemput mempunyai banyak pengalaman mengenai kerja-kerja civil dan mekanikal.

Kursus ini dianjurkan berobjektifkan memberikan pendedahan dan perkongsian mengenai kerja-kerja civil dan juga mekanikal berdasarkan pemerhatian audit bagi memastikan setiap agensi peka dengan isu-isu semasa yang dibangkitkan oleh audit negara/audit luar mengenai kerja-kerja civil dan juga mekanikal. Hasil kursus yang dianjurkan ini, pihak kami mendapat maklumbalas yang positif dan ianya bertepatan dengan kehendak dan keperluan setiap agensi. Semoga kursus yang telah dianjurkan ini memberikan impak positif kepada agensi-agensi dan juga kesemua peraturan dan prosedur dipatuhi.