UniSZA      UAD

Mesyuarat JKAR Kali Ke 42 (Bil. 2/2019)

TXTU9310

Pada 21 Februari 2019, Mesyuarat Jawatankuasa Audit & Risiko Kali Ke 42 (Bil. 2/2019) telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Grand BlueWave Hotel Shah Alam. Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh pengerusi iaitu Dr. Zaharuddin bin Abd Rahman dan dihadiri oleh seorang Ahli JKAR iaitu Encik Mohamed Ali bin Ghazali, Pendaftar, Bendahari, Pihak SPaQM serta KUAD dan staf UAD. Mesyuarat kali ini membentangkan laporan auditan yang telah dilaksanakan sepanjang 2018 dan membincangkan penemuan-penemuan utama berdasarkan auditan yang dilaksanakan. Mesyuarat juga mengambil maklum kesemua laporan yang dibentangkan oleh KUAD dan membuat tindakan yang perlu diambil supaya tidak ada lagi permasalahan yang sama berulang di masa akan datang. Semoga pembentangan laporan ini dapat meningkatkan lagi pengurusan governan dan kewangan di dalam UniSZA.