UniSZA      UAD

Mesyuarat Pre Exit Auditan Perjalanan Luar Negara Geran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dana Luar

DSC 0270 1000

Pada 16 Januari 2019, Mesyuarat Pre Exit Auditan Perjalanan Luar Negara Geran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dana Luar telah diadakan pada jam 9 pagi di Bilik Mesyuarat UAD. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh KUAD dan dihadiri oleh pihak Pendaftar, Pihak Pejabat Bendahari, Pihak RMIC serta staf UAD. Mesyuarat ini membentangkan penemuan audit berdasarkan auditan yang dilaksanakan yang meliputi pengurusan perjalanan luar negara dari segi perbelanjaan dan juga kesesuaian program bagi geran tersebut. Pihak auditi mengambil maklum dengan penemuan dan akan mengambil tindakan penambahbaikan untuk akan datang. Pihak auditi akan memberikan maklumbalas dan seterusnya pihak UAD akan melaporkan laporan ini ke mesyuarat exit akan datang.