UniSZA      UAD

Mesyuarat JKARS Kali ke 60 (Bil.4/2022)

gambar 1

 

Pada 20 April 2022, Mesyuarat Jawatankuasa Audit, Risiko dan Strategik (JKARS) Kali Ke 60 (Bil.4/2022) telah diadakan di UniSZA Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dr Azmi bin Omar (Pengerusi JKARS) dan dihadiri oleh Encik Apli bin Yusoff (Ahli JKARS), Pn. Roslinda (Ahli JKARS), Timbalan Bendahari, Ketua Unit Integriti, Ketua Unit Audit Dalam serta Ketua Risiko. Mesyuarat ini bertujuan membentangkan pengurusan audit yang meliputi perkara berbangkit Mesyuarat JKARS yang lalu, Pembentangan Laporan Pengurusan Wakaf dan Endowmen serta laporan daripada SPaQM. Mesyuarat mengambil maklum dan tindakan daripada perkara yang dibentangkan serta penemuan audit.