UniSZA      UAD

Mesyuarat Initial Auditan pengurusan UniSZA Pasir Akar (Struktur Organisasi, Operasi, Kewangan, Pengajaran dan Pembelajaran

PHOTO 2022 10 02 10 06 07 1000

 

Pada 02 Oktober 2022, Mesyuarat Initial Auditan Pengurusan UniSZA Pasir Akar (Struktur Organisasi, Operasi, Kewangan, Pengajaran & Pembelajaran telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Fakulti Biosumber & Industri Makanan (FBIM). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Unit Audit Dalam UniSZA dan dihadiri oleh Dekan FBIM, staf FBIM serta staf Unit Audit Dalam. Mesyuarat ini bertujuan menerangkan mengenai pengauditan yang dilaksanakan sepertimana Memorandum Perancangan Audit (MPA). MPA merangkumi objektif, skop, semakan dokumen bagi pengurusan UniSZA Pasir Akar. Semoga pengauditan yang dilaksanakan memberi impak kepada pengurusan universiti.

Program Khidmat Komuniti Unit Audit Dalam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kali Ke -6 Tahun 2022 " Indah Di Mata, Tenang di Hati"

ini 1000

 

Pada 29 September 2022, Unit Audit Dalam dan Unit Risiko telah melaksanakan program Khidmat Komuniti Kali Ke 6 Tahun 2022 bertempat di sekitar Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Program ini bertujuan untuk menjaga kebersihan pantai daripada sampah sarap memandangkan ianya tempat kunjungan sama ada masyarakat sekitar atau orang luar. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua untuk menjaga alam sekitar. 

Mesyuarat JKARS Kali ke 64 (Bil.8/2022)

PHOTO 2022 09 26 11 50 52 1000

 

Pada 26 September 2022, Mesyuarat Jawatankuasa Audit, Risiko dan Strategik (JKARS) Kali Ke 64 (Bil.8/2022) telah diadakan di UniSZA Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pn. Roslinda binti Ulang (Pengerusi JKARS) dan dihadiri oleh , YBhg. Dato’ Yusoff bin Muhamad (Ahli JKARS), Dr.Azmi bin Omar (Ahli JKARS, Timbalan Bendahari, Pendaftar (secara online), Ketua Unit Audit Dalam serta Ketua Unit Risiko. Mesyuarat ini bertujuan membentangkan pengurusan audit yang meliputi perkara berbangkit Mesyuarat JKARS yang lalu, Laporan Auditan Pengurusan Tanah Kampus Perubatan, Piagam Unit Audit Dalam serta pembentangan daripada Unit Risiko. Mesyuarat mengambil maklum dan tindakan daripada perkara yang dibentangkan serta penemuan audit.

Mesyuarat Initial Auditan Kebersihan Bangunan, Kawasan dan Landskap Kampus Besut

28cfba38 447e 4c2d b7a7 8cfedd98c835 1000

 

Pada 29 Ogos 2022, Mesyuarat Initial Auditan Kebersihan Bangunan, Kawasan dan Landskap Kampus Besut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Pengarah Kampus Besut. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Unit Audit Dalam UniSZA dan dihadiri oleh Pengarah Pusat Pengurusan Harta Benda (PPHB), staf PPHB, staf PPKB serta staf Unit Audit Dalam. Mesyuarat ini bertujuan menerangkan mengenai pengauditan yang dilaksanakan sepertimana Memorandum Perancangan Audit (MPA) yang dibentangkan. MPA merangkumi objektif, skop, semakan dokumen dan semakan fizikal bagi kerja-kerja kebersihan seluruh Kampus Besut termasuk UniSZA Pasir Akar. Semoga pengauditan yang dilaksanakan memberi impak kepada pengurusan universiti.

Mesyuarat Pre Exit Auditan Penyelenggaraan dan Pelupusan Aset Alih di Fakulti Perubatan

PHOTO 2022 08 25 16 10 07 1000

 

Pada 25 Ogos 2022, Mesyuarat Pre Exit Auditan Penyelenggaraan dan Pelupusan Aset Alih di Fakulti Perubatan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, UniSZA Kampus Perubatan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Unit Audit Dalam dan dihadiri oleh Pengarah Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR), Pengarah Pusat Pengurusan Harta Benda (PPHB) staf Pejabat Bendahari, staf Fakulti Perubatan serta Unit Audit Dalam. Mesyuarat ini bertujuan membentangkan penemuan-penemuan audit berdasarkan hasil semakan dokumen pengauditan yang telah dilaksanakan merangkumi penyelenggaraan aset, pelupusan aset serta penyelenggaraan bangunan di Fakulti Perubatan.