• 001 banner ketua audit dalam
  • event1

Mesyuarat Jawatankuasa Audit kali Ke 24 (Bil.1/2014)

Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) UniSZA Kali Ke 24 (Bil. 1/2014) telah diadakan pada 21 Februari 2014 (Jumaat) jam 5.30 petang  bertempat di Putrajaya Marriott Hotel, Putrajaya. Mesyuarat di Pengerusi oleh YBhg. Dato’ Haji Mokhtar bin Nong serta dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Wira Dr. Ismail bin Ibrahim dan YBhg. Dato’ Prof. Dr. Hussin @ Mohamad bin Ab. Rahman sebagai ahli. Mesyuarat juga turut dihadiri Pendaftar dan Puan Shakimah binti Endut selaku wakil Bendahari.

Continue Reading

Lawatan Kerja UAD UniSZA Ke UMT

Pihak Unit Audit Dalam UniSZA telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Audit Dalam Universiti Malaysia Terengganu pada 5 Februari 2014 (Rabu) jam 9.30 pagi. Tujuan lawatan ini adalah untuk bertukat-tukar pandangan serta perkongsian ilmu antara kedua-kedua pihak dalam pelaksanaan pengauditan di universiti masing-masing. Di samping itu ianya dapat mengeratkan jalinan hubungan kerjasama kedua-dua pihak di masa-masa akan datang. Lawatan ini diketuai oleh Ketua Unit Audit Dalam UniSZA, Encik Suhaili bin Mohd dan disambut oleh Encik Mohd Riduan bin Mohamed Rakhazali selaku Ketua Bahagian Audit Dalam UMT.

 

More Articles ...