UniSZA      UAD

Mesyuarat Pre Exit Auditan Penyelenggaraan dan Pelupusan Aset Alih di Fakulti Perubatan

PHOTO 2022 08 25 16 10 07 1000

 

Pada 25 Ogos 2022, Mesyuarat Pre Exit Auditan Penyelenggaraan dan Pelupusan Aset Alih di Fakulti Perubatan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, UniSZA Kampus Perubatan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Unit Audit Dalam dan dihadiri oleh Pengarah Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR), Pengarah Pusat Pengurusan Harta Benda (PPHB) staf Pejabat Bendahari, staf Fakulti Perubatan serta Unit Audit Dalam. Mesyuarat ini bertujuan membentangkan penemuan-penemuan audit berdasarkan hasil semakan dokumen pengauditan yang telah dilaksanakan merangkumi penyelenggaraan aset, pelupusan aset serta penyelenggaraan bangunan di Fakulti Perubatan.