UniSZA      UAD

Exit Conference Auditan Perolehan Pembangunan Di Ladang UniSZA Pasir Akar

VWWZ4570

Pada 7 April 2019, Mesyuarat Exit Auditan Perolehan Pembangunan di Ladang UniSZA Pasir Akar telah diadakan di bilik mesyuarat Pejabat Naib Canselor. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Prof. Dato' Dr. Hassan Basri Bin Awang Mat Dahan. Mesyuarat ini merupakan pertama kali dipengeruskan oleh Prof. Dato' Dr. Hassan Basri Bin Awang Mat Dahan (Naib Canselor UniSZA). Mesyuarat ini dihadiri oleh pihak Pejabat Bendahari, pihak Pejabat Pendaftar, pihak Pejabat Pengurusan Harta Benda (PPHB), pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Pusat Teknologi Maklumat (PTM), pihak Pusat Pengurusan Ladang serta pihak Unit Audit Dalam. Mesyuarat ini bertujuan membentangkan penemuan audit berdasarkan auditan yang telah dilaksanakan merangkumi projek pembinaan yang terlibat di Ladang UniSZA Pasir Akar. Kesemua penemuan yang dibentangkan diambil perhatian oleh pihak auditi dan tindakan susulan akan dibuat bagi memastikan kesemua penemuan ditambahbaik dan tidak mengulangi kesilapan yang lepas. Pihak audit juga berharap bahawa kesemua penemuan diambil perhatian memandangkan isu-isu yang dibentangkan amat penting bagi memastikan kesemua peraturan dipatuhi dan dibaut penambahbaikan untuk masa akan datang. Pihak audit juga mengucapkan terima kasih kepada yang terlibat bagi memberikan kerjasama dalam melaksanakan pengauditan ini.