Mesyuarat Initial Auditan pengurusan UniSZA Pasir Akar (Struktur Organisasi, Operasi, Kewangan, Pengajaran dan Pembelajaran
Pada 02 Oktober 2022, Mesyuarat Initial Auditan Pengurusan UniSZA Pasir Akar (Struktur Organisasi, Operasi, Kewangan, Pengajaran & Pembelajaran telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Fakulti Biosumber & Industri Makanan (FBIM). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Unit Audit Dalam UniSZA dan dihadiri oleh Dekan FBIM, staf FBIM serta staf Unit Audit Dalam. Mesyuarat ini bertujuan menerangkan mengenai pengauditan yang dilaksanakan sepertimana Memorandum Perancangan Audit (MPA). MPA merangkumi objektif, skop, semakan dokumen bagi pengurusan UniSZA Pasir Akar. Semoga pengauditan yang dilaksanakan memberi impak kepada pengurusan universiti.