UniSZA      UAD

Kerja Lapangan auditan promosi buku di Penerbit UniSZA

TPVT7227

Pada 3 hingga 4 April 2019. pihak Unit Audit Dalam UniSZA telah melaksanakan kerja lapangan bagi auditan promosi di Penerbit. Kerja lapangan ini dilaksanakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung pada 28 Mac 2019 hingga 7 April 2019. Kerja lapangan ini bertujuan untuk melihat tujuan promosi yang dilaksanakan serta sama ada mencapai objektif promosi. Ianya juga selaras dengan tujuan pengauditan yang telah diterangkan pada mesyuarat initial yang telah diadakan pada 31 Mac 2019. Semoga pelaksanaan pengauditan ini dipermudahkan dan memantapkan lagi pengurusan promosi di UniSZA.