UniSZA      UAD

Mesyuarat JKAR Kali Ke 43 (Bil. 3/2019)

IMG 0214 1000

Pada 1 Julai 2019, Mesyuarat JKAR Kali Ke 43 (Bil. 3/2019) telah diadakan di Metro UniSZA @ KL IOI Resort City, Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dr. Zaharuddin bin Abd Rahman (Pengerusi JKAR) dan dihadiri Encik Mohamed Ali bin Ghazali (Ahli JKAR), Pendaftar, Bendahari, Pengarah Kampus Besut, Dekan FIK, Pengarah RMIC , Pihak PPHB , Wakil SPaQM serta pihak Unit Audit Dalam. Mesyuarat hari ini membentangkan laporan berkaitan Auditan Perolehan Pembangunan Pasir Akar, Auditan Perjalanan Luar Negara Geran KPM serta Audit Susulan Pengurusan Wang Amanah. Kesemua penemuan dan maklumbalas yang diberikan pihak auditi dibincangkan dan terdapat beberapa tindakan yang perlu diambil memandangkan terdapat isu yang berbangkit untuk membuat tindakan mesyuarat akan datang. Pihak auditi menerima penemuan yang dibentangkan dan membuat penambahbaikan serta tindakan bagi memperbaiki kelemahan yang ada bagi setiap auditan yang dilaksanakan.