UniSZA      UAD

Objektif UAD

OBJEKTIF UMUM

  • Membantu pihak Pengurusan dan Lembaga Pengarah melalui pendekatan yang sistematik untuk mencapai prestasi pengurusan dan perakaunan yang membanggakan selari dengan objektif Universiti

OBJEKTIF KHUSUS

  • Memastikan kewajaran semua transaksi
  • Memastikan kawalan yang cukup supaya aset dilindungi dari sebarang kemungkinan kehilangan dan kerugian Universiti
  • Menentukan keberkesanan dan kecekapan Universiti dalam mencapai objektif penubuhannya
  • Memastikan tahap pematuhan Universiti kepada polisi dan prosedurnya sendiri dan juga kepada undang-undang negeri dan persekutuan
  • Bekerjasama dengan Jabatan Audit Negara dan juruaudit luar yang dilantik
  • Mengenalpasti dan menilai prosedur serta polisi supaya kos dapat dijimatkan dan prestasi Universiti dapat ditingkatkan
  • Memberi pandangan dan panduan dari aspek kawalan dalaman untuk sebarang polisi, sistem, proses dan prosedur yang ingin diperkenalkan