UniSZA      UAD

Mesyuarat Pre Exit Auditan Pengurusan Kambing Tenusu UniSZA

 

 

IMG 0325 1000

IMG 0326 1000

 

Pada 16 Julai 2019 (Selasa), Mesyuarat Pre Exit Auditan Pengurusan Kambing Tenusu UniSZA telah diadakan di Bilik Mesyuarat FBIM, UniSZA Kampus Besut. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Unit Audit Dalam UniSZA dan dihadiri oleh pihak FBIM, pihak Pejabat Bendahari dan pihak Pejabat Pendaftar. Mesyuarat hari ini membentangkan penemuan audit yang merangkumi aspek pengurusan kambing tenusu, bajet dan juga hala tuju projek kambing tenusu UniSZA. Pihak auditi akur dengan penemuan dan akan membuat penambahbaikan memandangkan ianya melibatkan nama UniSZA bagi pelaksanaan projek ini. Pihak FBIM juga akan membincangkan penemuan audit dengan pihak pengurusan mengenai pembentangan mesyuarat ini. Semoga pelaksanaan audit ini memberi impak positif dan besar bagi memantapkan lagi projek kambing tenusu UniSZA tersebut.