UniSZA      UAD

Mesyuarat Pre Exit Auditan Kemudahan OKU di UniSZA

RSWH9556

MTCS5357

 

Pada 10 June 2020 (Rabu) , Mesyuarat Pre Exit Auditan Kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) di UniSZA telah diadakan di Bilik Mesyuarat PTNC HEPA. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Prof. Dr. Mohd Afandi bn Salleh (Timbalan Naib Canselor HEPA) dan dihaidiri oleh Pengarah KKKP, Wakil Pendaftar dan Wakil Bendahari serta Unit Audit Dalam. Mesyuarat ini bertujuan untuk membentangkan penemuan audit yang merangkumi aspek kemudahan yang sedia ada dan kemudahan yang diperlukan untuk pelajar OKU pada masa akan datang. Kesemua auditi mengambil perhatian terhadap penemuan dan akan mengambil tindakan seterusnya. 

Selepas Mesyuarat ini diadakan, pihak audit akan mendapatkan maklumbalas daripada semua PTj untuk kemudahan dan aktiviti yang diperlukan untuk OKU pada masa akan datang. Setelah itu, Mesyuarat Exit bersama Naib Canselor akan diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.