UniSZA      UAD

Mesyuarat Pre Exit Auditan Keselamatan Asrama Kampus Perubatan dan Kampus Besut

XCNJ7958

 

Pada 12 Julai 2020 (Ahad), Mesyuarat Pre Exit Auditan Keselamatan Asrama di Kampus Perubatan dan Kampus Besut diadakan di Bilik Mesyuarat Kolej Kediaman. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En Abdul Hadi bin Nayan (Ketua Unit Audit Dalam) dan dihadiri oleh Pengarah KKKP, PPHB dan staf Pejabat Bendahari. Mesyuarat ini bertujuan membentangkan penemuan audit berdasarkan pemerhatian audit dalam pengauditan ini yang merangkumi aspek keselamatan di sekitar asrama UniSZA Kampus Perubatan dan Kampus besut. Kesemua auditi peka dengan penemuan audit dan akan diambil tindakan berdasarkan penemuan-penemuan tersebut.