UniSZA      UAD

Mesyuarat Pre Exit Auditan Lot Perniagaan di Taman Usahawan Muda UniSZA (TUMPU)

1

 

Pada 21 September 2020, Mesyuarat Pre Exit Auditan Lot Perniagaan di Taman Usahawan Muda UniSZA (TUMPU) telah diadakan di Ruangan Mesyuarat Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Unit Audit Dalam UniSZA dan dihadiri oleh Staf Pejabat Bendahari, Pejabat Pendaftar dan Pejabat Pusat Alumni, Keusahawanan dan Jaringan Masyarakat (PaKaT). Mesyuarat ini bertujuan membentangkan hasil semakan audit terhadap pengauditan yang merangkumi aspek terimaan hasil sewaan dan perjanjian antara penyewa & UniSZA. Kesemua auditi mengambil maklum dan tindakan terhadap tindakan yang perlu dibuat bagi memastikan pengurusan terimaan sewaan diurus dengan cekap dan baik.