UniSZA      UAD

Mesyuarat JKAR Kali Ke 47 (Bil.2/2020)

2

Pada 29 September 2020, Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Risiko (JKAR) Kali Ke 47 (Bil.2/2020) telah diadakan di UniSZA Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dr Azmi bin Omar (Pengerusi JKAR) dan dihadiri oleh Encik Mohamed Ali bin Ghazali (Ahli JKAR), Bendahari, Wakil Pendaftar, Dekan FBIM, Ketua Unit Audit Dalam serta Ketua Risiko. Mesyuarat ini bertujuan membentangkan pengurusan audit yang meliputi perkara berbangkit Mesyuarat JKAR yang lalu, hasil pengauditan bagi Laporan Auditan Perolehan Sehingga RM20,000 di PPHB, Semakan RAT 2020 serta pelaporan daripada Unit Risiko. Mesyuarat mengambil maklum dan tindakan daripada perkara yang dibentangkan serta penemuan audit.