UniSZA      UAD

Mesyuarat JKAR Kali Ke 48 (Bil.3/2020)

1

Pada 16 November 2020, Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Risiko (JKAR) Kali Ke 48 (Bil.3/2020) telah diadakan di Bilik Mesyuarat 1, Bangunan Pentadbiran UniSZA Kampus Gong Badak. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dr Azmi bin Omar (Pengerusi JKAR) dan dihadiri oleh Encik Mohamed Ali bin Ghazali (Ahli JKAR) - online, Encik Apli bin Yusoff (Ahli JKAR), Bendahari, Wakil Pendaftar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Dekan FBIM, Ketua Unit Audit Dalam serta Ketua Risiko. Mesyuarat ini bertujuan membentangkan pengurusan audit yang meliputi perkara berbangkit Mesyuarat JKAR yang lalu, hasil pengauditan bagi Laporan Auditan Susulan Geran Penyelidikan di CREIM , Semakan RAT 2020 serta pelaporan daripada Unit Risiko. Mesyuarat mengambil maklum dan tindakan daripada perkara yang dibentangkan serta penemuan audit.