UniSZA      UAD

Mesyuarat Exit Auditan Lot Perniagaan di TUMPU

SAZU0036 1

Pada 21 Disember 2020, Mesyuarat Exit Auditan Lot Perniagaan di TUMPU telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Naib Canselor UniSZA. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Prof Dato’ Naib Canselor UniSZA dan dihadiri oleh Pengarah Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT), Ketua Unit Audit Dalam, staf PaKaT serta staf Unit Audit Dalam. Mesyuarat ini bertujuan membentangkan maklumbalas terhadap penemuan-penemuan audit yang dibentangkan. Mesyuarat mengambil maklum dan tindakan penambahbaikan bagi memastikan pengurusan sewaaan di TUMPU diuruskan dengan baik dan sistematik.