UniSZA      UAD

Mesyuarat Initial Auditan Perolehan Prasarana di Taman Interaktif UniSZA Besut (TIUB)

IMG 6722 1000

 

Pada 22 Disember 2020, Mesyuarat Initial Auditan Perolehan Prasarana di Taman Interaktif UniSZA Besut (TIUB) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Fakulti Informatik dan Kmputeran (FIK). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Unit Audit Dalam UniSZA dan dihadiri oleh Penyelaras Pusat Sains Digital, Penyelaras Pusat Herba Asli Terengganu, staf Pejabat Bendahari, staf Pejabat Pengarah Kampus Besut, staf Pusat Kesenian dan Warisan (PKW) serta staf Unit Audit Dalam. Mesyuarat ini bertujuan menerangkan mengenai pengauditan yang dilaksanakan sepertimana Memorandum Perancangan Audit (MPA) yang dibentangkan. MPA merangkumi objektif, skop, semakan dokumen dan fizikal bagi setiap perolehan dan sebagainya. Semoga pengauditan yang dilaksanakan memberi impak kepada pengurusan universiti.