UniSZA      UAD

Mesyuarat Pre Exit Auditan Sistem Pengurusan Inventori di UniSZA Holdings Sdn Bhd (UHSB) dan Subsidiari

IMG 6734 1000

 

Pada 23 Disember 2020, Mesyuarat Pre Exit Auditan Sistem Pengurusan Inventori di UniSZA Holdings Sdn Bhd (UHSB) dan Subsidiari telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pusat Kesihatan UniSZA. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Unit Audit Dalam dan dihadiri oleh Staf Pendaftar, Staf Pejabat Bendahari, Staf UHSB serta staf Unit Audit Dalam. Mesyuarat ini bertujuan membentangkan penemuan-penemuan audit berdasarkan kerja lapangan dan semakan fizikal bagi pengurusan inventori di Klinik Pakar UniSZA dan Pusat hemodialisis UniSZA. Mesyuarat mengambil maklum terhadap penemuan dan tindakan penambahbaikan bagi memastikan pengurusan inventori diuruskan dengan cekap, sistematik dan mengikut prosedur kewangan yang telah ditetapkan.