UniSZA      UAD

Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Risiko (JKAR) Kali Ke 49 (Bil.4/2020)

1

 

Pada 30 Disember 2020, Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Risiko (JKAR) Kali Ke 49 (Bil.4/2020) telah diadakan di UniSZA Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dr Azmi bin Omar (Pengerusi JKAR) dan dihadiri oleh Encik Mohamed Ali bin Ghazali (Ahli JKAR), Encik Apli bin Yusoff (Ahli JKAR), Wakil Bendahari, Wakil Pendaftar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi, Ketua Unit Audit Dalam serta Ketua Risiko. Mesyuarat ini bertujuan membentangkan pengurusan audit yang meliputi perkara berbangkit Mesyuarat JKAR yang lalu, hasil pengauditan bagi Laporan Auditan Kemudahan OKU di UniSZA, Auditan Lot Perniagaan di TUMPU, Rancangan Audit Tahunan 2021 serta laporan daripada Unit Risiko. Mesyuarat mengambil maklum dan tindakan daripada perkara yang dibentangkan serta penemuan audit.