UniSZA      UAD

Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Risiko (JKAR) Kali Ke 50 (Bil.1/2021)

1

 

Pada 24 Februari 2021, Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Risiko (JKAR) Kali Ke 50 (Bil.1/2021) telah diadakan di UniSZA Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dr Azmi bin Omar (Pengerusi JKAR) dan dihadiri oleh Encik Mohamed Ali bin Ghazali (Ahli JKAR), Encik Apli bin Yusoff (Ahli JKAR), Wakil Bendahari, Wakil Pendaftar, Ketua Unit Audit Dalam serta Ketua Risiko. Mesyuarat ini bertujuan membentangkan pengurusan audit yang meliputi perkara berbangkit Mesyuarat JKAR yang lalu, hasil pengauditan bagi Laporan Auditan Keselamatan di Pejabat Penasihat Undang-Undang, Auditan Keselamatan Asrama di UniSZA Kampus Perubatan dan Kampus Besut serta laporan daripada Unit Risiko. Mesyuarat mengambil maklum dan tindakan daripada perkara yang dibentangkan serta penemuan audit