UniSZA      UAD

Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Risiko (JKAR) Kali Ke 51 (Bil.2/2021)

85522eb4 4559 451b 9cd8 fc9fc5817551

Pada 2 Ogos 2021, Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Risiko (JKAR) Kali Ke 51 (Bil.2/2021) telah diadakan di UniSZA Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dr Azmi bin Omar (Pengerusi JKAR) dan dihadiri oleh Encik Mohamed Ali bin Ghazali (Ahli JKAR), Encik Apli bin Yusoff (Ahli JKAR), Bendahari, Pendaftar, Ketua Unit Audit Dalam serta Ketua Risiko. Mesyuarat ini bertujuan membentangkan pengurusan audit yang meliputi perkara berbangkit Mesyuarat JKAR yang lalu, Penyata Kewangan UniSZA Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020 serta laporan daripada Unit Risiko. Mesyuarat mengambil maklum dan tindakan daripada perkara yang dibentangkan serta penemuan audit.