UniSZA      UAD

Mesyuarat Pre Exit Auditan Pemberian Bantuan Pelan Data dan Bantuan Kewangan Komputer Riba kepada Pelajar semasa PKP 1 Tahun 2020

IMG 9103 1000

Pada 19 Ogos 2021, Mesyuarat Pre Exit Auditan Pemberian Bantuan Pelan Data dan Bantuan Kewangan Komputer Riba kepada Pelajar semasa PKP 1 Tahun 2020 telah diadakan secara Online. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Unit Audit Dalam dan dihadiri oleh Wakil pihak CoMAE-i, Wakil-Wakil Fakulti serta Wakil Pejabat Bendahari. Mesyuarat ini bertujuan membentangkan penemuan-penemuan audit berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan yang merangkumi penerima bantuan bukan B40, kad sim tamat tempoh, pengemaskinian penerima bantuan kewangan dari segi rekod penerimaan, pembatalan, pemulangan lebihan baki, pemulangan komputer serta pembelian semula komputer oleh pelajar. Mesyuarat mengambil maklum dan tindakan daripada perkara yang dibentangkan serta penemuan audit.