UniSZA      UAD

Mesyuarat Pre Exit Auditan Penggunaan Pangkalan Data di Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB)

IMG 2370 1000

 

Pada 22 Mac 2022, Mesyuarat Pre Exit Auditan Penggunaan Pangkalan Data di Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB) telah diadakan bertempat Bilik Mesyuarat Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Unit Audit Dalam dan dihadiri oleh Ketua Pustakawan, Staf Perpustakaan, Wakil Bendahari serta Staf Unit Audit Dalam. Mesyuarat ini bertujuan membentangkan penemuan-penemuan audit berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan yang merangkumi pengurusan pembaharuan / langganan baharu, Laporan Penggunaan Sumber Elektronik dan sebagainya. Mesyuarat mengambil maklum dan tindakan daripada perkara yang dibentangkan serta penemuan audit.