UniSZA      UAD

Initial Auditan Penyelenggaraan dan Pelupusan Aset Alih di Fakulti Perubatan

IMG 3905 1000

Pada 15 Jun 2022, Mesyuarat Initial Auditan Penyelenggaraan dan Pelupusan Aset Alih di Fakulti Perubatan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Fakulti Perubatan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Unit Audit Dalam UniSZA dan dihadiri oleh staf Fakulti Perubatan, staf Pejabat Bendahari serta staf Unit Audit Dalam. Mesyuarat ini bertujuan menerangkan mengenai pengauditan yang dilaksanakan sepertimana Memorandum Perancangan Audit (MPA) yang dibentangkan. MPA merangkumi objektif, skop, semakan dokumen dan semakan fizikal bagi setiap peralatan di Fakulti Perubatan. Semoga pengauditan yang dilaksanakan memberi impak kepada pengurusan universiti.