UniSZA      UAD

Mesyuarat Pre Exit Auditan Pengurusan Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) bagi Penyata Kewangan UniSZA Tahun Berakhir 31 Disember 2021

PHOTO 2022 06 12 11 08 03 1000

 

Pada 12 Jun 2022, Mesyuarat Pre Exit Auditan Pengurusan Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) Bagi Penyata Kewangan UniSZA Tahun Berakhir 31 Disember 2021 telah diadakan di Bilik Mesyuarat 1, Bangunan Pentadbiran, UniSZA Kampus Gong Badak. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Unit Audit Dalam dan dihadiri oleh Bendahari UniSZA, staf Pejabat Bendahari serta staf Pusat Pembangunan Harta Benda (PPHB). Mesyuarat ini bertujuan membentangkan penemuan-penemuan audit berdasarkan hasil semakan dokumen pengauditan yang telah dilaksanakan seperti akaun deposit, ketidaklarasan dokumen kualiti berkaitan WJP, Perakuan Siap Membaiki Kecacatan (CMGD) tidak dikeluarkan selepas Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP), pengeluaran CMGD melebihi tempoh ditetapkan, pelepasan WJP serta sebagainya.