UniSZA      UAD

Mesyuarat Jawatankuasa Audit, Risiko dan Strategik (JKARS) Kali Ke 62 (Bil.6/2022)

1

Pada 3 Ogos 2022, Mesyuarat Jawatankuasa Audit, Risiko dan Strategik (JKARS) Kali Ke 62 (Bil.6/2022) telah diadakan di UniSZA Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pn. Roslinda binti Ulang (Pengerusi JKARS) dan dihadiri oleh , Dr.Azmi bin Omar (Ahli JKARS), Encik Apli bin Yusoff Ahli (JKARS), Timbalan Bendahari, Ketua Unit Integriti, Ketua Unit Audit Dalam serta Ketua Risiko. Mesyuarat ini bertujuan membentangkan pengurusan audit yang meliputi perkara berbangkit Mesyuarat JKARS yang lalu, laporan auditan penggunaan pangkalan data di Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB), Semakan Rancangan Audit Tahunan 2022 (Semakan 1) serta pembentangan daripada Unit Risiko. Mesyuarat mengambil maklum dan tindakan daripada perkara yang dibentangkan serta penemuan audit.