UniSZA      UAD

Lawatan Kerja Unit Audit Dalam UniSZA Ke Jabatan Audit Dalam Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

1

2

 

Pada 20 Julai 2022, Seramai 3 orang staf Unit Audit Dalam dan Timbalan Bendahari UniSZA telah membuat lawatan kerja Unit Audit Dalam Universiti Sultan Zainal Abidin Ke Jabatan Audit Dalam Pusat Perubatan Universiti Malaya. Tujuan lawatan ini adalah bagi mendapatkan ilmu pengetahuan dan persediaan dalam auditan-auditan yang bakal dilaksanakan di Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA). Antara perkongsian yang dibuat adalah dari segi pelaksanaan auditan dalam klinikal dan bukan klinikal, penubuhan PPUM, kaedah pembayaran pesakit secara tunai atau online serta pemberian potongan (diskaun) kepada golongan tertentu. Selain itu, Pihak JAD PPUM juga membawa kami ke Pusat Kawalan Command Centre yang mana berfungsi memantau CCTV bagi kawasan klinikal dari aspek keselamatan, keselesaan dan kesesakan trafik di kawasan perawatan.