UniSZA      UAD

Mesyuarat Jawatankuasa Audit, Risiko dan Strategik (JKARS) Kali Ke 66 (Bil.10/2022)

PHOTO 2022 11 28 11 43 12 1000

Pada 28 November 2022, Mesyuarat Jawatankuasa Audit, Risiko dan Strategik (JKARS) Kali Ke 66 (Bil.10/2022) telah diadakan di UniSZA Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pn. Roslinda binti Ulang (Pengerusi JKARS) dan dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Tengku Naufal bin Tengku Mansor (Ahli JKARS), YBhg. Dato’ Yusoff bin Muhamad (Ahli JKARS), Dr. Apli bin Yusoff (Ahli JKARS), Timbalan Bendahari, Pendaftar (secara online), Ketua Unit Audit Dalam serta Ketua Unit Risiko. Mesyuarat ini bertujuan membentangkan pengurusan audit yang meliputi perkara berbangkit Mesyuarat JKARS yang lalu, Laporan Auditan Pengurusan Wang Jaminan Pelaksanaan bagi Penyata Kewangan UniSZA Tahun Berakhir 31 Disember 2021, Laporan Auditan Penyelenggaraan dan Pelupusan Aset alih di Fakulti Perubatan, Laporan Pelaksanaan Audit Tahun 2022, Rancangan Audit Tahunan 2022 serta pembentangan daripada Unit Risiko. Mesyuarat mengambil maklum dan tindakan daripada perkara yang dibentangkan serta penemuan audit.